Thursday 31 March 2016

Pengaruh Warna Dalam Penampilan.



Setiap hari mewakili warna-warna tertentu, pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut akan menyerlah aura positif dalam diri anda. Jom kenali aura warna mengikut hari.

Putih polos
Hari Isnin menjadi permulaan hari, lantaran amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk membantu membangkitkan mood. Putih adalah pilihan yang sesuai, warna ini polos dan suci. Ia membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberi impak bersih dan tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih sebaliknya sedikit palitan warna ini sudah mencukupi.

Kekuatan merah jambu &ungu
Rona-rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutama kaum Hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini mempunyai aura yang sangat positif, pemakainya akan menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk melaksana segala urusan atau tugasan yang diamanahkan. Gayakan salah satu rona ini dan nikmati sensasi aura warna tersebut.

Biru hari membuat keputusan
Bagi orang yang arif tentang warna, mereka akan memilih biru untuk hari Rabu. Warna ini melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional. Ada sesetengah syarikat atau organisasi yang membuat mesyuarat pada hari Rabu, golongan ini percaya aura warna biru akan mempengaruhi mereka membuat keputusan yang tepat. Begitu juga dengan kehidupan peribadi, manfaatkan kekuatan rona biru untuk keputusan bijak.

Oren & kuning menceriakan
Hari Khamis menjadi hari yang sangat sibuk bagi kebanyakan orang. Hari berikut kemuncak untuk memastikan urusan minggu tersebut berjalan lancar. Lantaran, warna kuning, oren atau jingga dijadikan pilihan. Warna ini mempunyai tenaga luar biasa, ia membiaskan keceriaan dan membuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.

Hijau menyegarkan
Melihat warna hijau bagaikan terapi selepas berpenat lelah. Warna ini amat sesuai digayakan pada hari Jumaat, aura hijau memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada kita. Pilih kumpulan rona hijau yang sesuai dengan diri anda, sama ada hijau muda, pucuk pisang atau hijau tua. Tepuk dada, tanya selera.

Merah penuh tenaga
Selepas memerah otak, Sabtu menjadi hari berlibur untuk bersama keluarga, si dia mahupun teman-teman. Pastinya hari tersebut penuh dengan aktiviti menarik, usah ragu-ragu menggayakan rona merah. Bukan sahaja menarik perhatian, malah warna ini memantulkan tenaga luar biasa buat anda.

Hitam penutup hari
Ahad hari untuk istirahat di rumah, anda memerlukan privasi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi memulakan hari baru. Rona-rona gelap membantu anda mendapatkan mood untuk tujuan tersebut.






Sunday 27 March 2016


Tips Penjagaan Kasut.
Kasut merupakan pelengkap penampilan seharian kita. Oleh itu, penjagaan kasut adalah sangat penting. Ikuti tip penjagaan kasut yang betul agar kasut anda kelihatan cantik sentiasa.
  
  • Jika kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan sepatu kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
  •  Kotak kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda membeli ‘pokok kasut’ yang dapat menggantung kesemua koleksi kasutmu. Ini membolehkan kasut ‘bernafas’ dengan lebih baik.
  •  Elak menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput.
  •  Anda perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.
  •  Jangan longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.
  •  Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.
  •  Melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian depan kasut.
  •  Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
  •  Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
  •  Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
  • Letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.
  •  Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kualiti dan tidak rosak cepat. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan ia kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.
  •  Ketika mengilatkan kasut kulit, berus dalam arah mebulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang kemas dan cantik.
  •  Bagi kasut kulit, sering kilatkan ia bagi memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkan kasut daripada reput.
  •  Tidak digalakkan memakai kasut yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda sehari-hari ke tempat kerja.
  •  Kasut yang diperbuat daripada fabrik ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya ketika kasut itu mengering.
  • Kasut jenis baldu kalis air tidak boleh dibersihkan dengan berus yang kasar. Guna berus lembut dan gosok perlahan-lahan. Sifatnya yang sensitif amat mudah terkoyak dan rosak.

















Kasut Baru Beli Dah Rosak.


1 - Simpan kasut di dalam ruang terbuka -  Ruang pengudaraan yang baik mampu untuk mengelakkan kasut daripada berbau.

2 - Gunakan baking soda untuk menghilangkan bau  - Taburkan satu sudu teh baking soda ke dalam kasut dan serbuk ini akan bertindak untuk menyerap bau (seperti ia di dalam peti sejuk), kemudian biarkan kasut kesayangan  kamu semalaman.

3 – Kasut basah? Jangan gunakan pengering - Haba berlebihan boleh merosakkan kasut – menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah. Keringkan sahaja kasut dalam suhu bilik dengan menggunakan tisu.

4 – Hilangkan calar kasut? -  Gunakan pengilat kuku dengan warna yang sama mampu menghilangkan kesan calar pada kasut.

5 – Kasut terkena lumpur – Cuci dengan kadar segera kerana lumpur membuatkan kasut kamu mereput. Begitu juga jika terkena kotoran. cepat-cepat bersihkan. Jika dibiarkan, lama-kelamaan kotoran akan meninggalkan kesan kuning yang sukar dihapuskan.

6 – Penjagaan warna agar tak pudar – Elakkan kasut kulit terkena sinaran dan panas matahari yang keterlaluan.

7 - Bersihkan kasut  - Gunakan berus lembut atau kain yang bersih. Untuk menyimpan, letakkan pengeras kasut atau sumbat dengan kertas atau surat khabar untuk mengekalkan bentuknya.

TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BDN LELAKI .

1. LELAKI TUBUH BERUKURAN PENDEK/RENDANG
Tubuh dengan ukuran pendek/rendang kadang2 dapat membuat kita kurang percaya diri untuk berpenampilan menarik, tapi dengan tubuh berukuran pendek/rendang pun boleh tampil menarik asalkan memperhatikan tips2 berikut:
✅Hindari Menggunakan Seluar Pendek
Kerana jika pakai seluar panjang/jeans model low rise dan straight leg ia akan dapat membantu anda kelihatan lebih tinggi.
✅Gunakan Pakaian Dengan Motif Vertikal
Kerana pakaian dengan motif vertikal dapat memberi ilusi agar anda tampak lebih tinggi.
✅Gunakan Kemeja Lengan Panjang
Kemeja lengan panjang juga dapat membuatkan anda tampak lebih tinggi dibandingkan dengan kemeja lengan pendek.
✅Gunakan Seluar Dengan Ukuran Ngam2
Gunakan seluar yang berukuran ngam2 dan tidak berlebihan labuh yang akan membantu penampilan anda lebih menarik meskipun dengan ukuran tubuh yang sedikit pendek/rendang.

2. LELAKI BERTUBUH BESAR
Ramai lelaki dengan ukuran tubuh yang besar merasa rendah diri dengan penampilannya, ada pula yang berniat berdiet ekstra so badan boleh nampak ramping. utk anda yang mempunyai susuk tubuh yang besar jangan khuatir jangan risau... Tips2 ni untuk anda...
✅Elakkan Pakaian Berwarna Terang
Menggunakan pakaian dengan warna terang bahkan shining membuatkan anda semakin nampak besar. Tapi kalau pakai pakaian yang berwarna gelap anda akan dapat illusion effects yang menyebabkan tubuh anda nampak ramping.
✅Gunakan Pakaian Dari Material Yang Ringan
Menggunakan pakaian dari material yang ringan juga dapat membuat anda kelihatan lebih ramping dibandingkan dengan menggunakan pakaian dari material berat (tebal).
✅Hindari Penggunaan Kemeja atau Shirt dengan Padding
Pakaian macam ni akan nampakkan anda lagi besar. Hindari menggulung lengan T-Shirt. Kalau gulung juga dah nampak macam tukang pukul. Hu hu hu....
✅Pilih Jeans Yang Tidak Terlalu Ketat
jika anda pakai jeans dengan ukuran yang ketat, makanya nanti, dapat membuatkan kaki kelihatan semakin besar. Gunakan jam tangan berukuran besar so lengan tangan anda nampak lebih langsing.

3. LELAKI BERTUBUH TINGGI DAN KURUS
Ini cutting model, tapi ada masalah juga kadang2. Siapa kata tak ada masalah? Kalau pakai, pakaian yang tak kena gaya, nanti badan terlihat semakin kurus. So ini tips dia....
✅Gunakan Pakaian Berbahan Tebal
Pakaian yang dengan bahan yang tebal akan memberi efek yang membuatkan badan anda nampak semakin berisi atau berisi sikit.
✅Gunakan Seluar Dengan Ukuran Sedikit Lebar
Ini adalah bagi menutupi bentuk kaki yang kurus kering tu, janganlah besar sangat nanti nampak tak kena atau macam kartun pulak. Bila pakai seluar yang lebar sikit ni, anda akan nampak lebih menarik. Jenis model jeans yang tepat digunakan ialah model Lower Cut.
✅Hindari Pakaian Warna Gelap
Pakaian warna gelap dapat memberikan ilusi yang membuatkan badan anda nampak lagi langsing. Sementara warna terang menampakkan bentuk badan yang berisi sedikit atau lebih berisi. So, jejaka2 di luar sana, yang bertubuh tinggi dan kurus, silalah pakai, pakaian dengan warna2 terang yer.. janganlah striking sangat sampai orang sakit mata, tapi kalau nak ber-colour blocking pun apa salahnya.









Saturday 26 March 2016


ADIDAS NMD (READY STOCK)
~
~
~SAIZ 41-45
~RM 120 / FREE POSTAGE
Whatsapp 0139450523 untuk Pembelian.





Friday 5 February 2016



Dapatkan kasut VANS dengan KUALITI TERBAIK pada HARGA PALING MURAH di MALAYSIA!!!
RM70**


- Postage +RM10 SM @ RM15 Borneo
- Saiz 38 - 45 Euro
- 100% baru dari kilang!
- Didatangkan bersama kotak berkualiti!
Mahu? Tapi ragu²?
100% JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN!
WhatsApp Krew UA's untuk info lanjut!

- 0139450523
+ Kasut boleh ditukar sekiranya tidak muat*
+ Penghantaran pantas ke seluruh Malaysia.
+ T&C applies